𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆

𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆

26 JULAI 2024 (JUMAAT) – Seramai 3 pembida hadir semasa sesi lelongan awam melibatkan seekor lembu betina pada jam 10.00 pagi di Lobi Bangunan Blok A, Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Lelongan awam ini dilakukan berikutan pelaksanaan Operasi Tangkapan Lembu Merayau. Tindakan ini dilaksanakan selaras dengan Undang-undang Kecil Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau (MPM) 2012 bagi menyelesaikan aduan yang diterima dan mengelakkan kacau ganggu keselamatan kepada masyarakat khususnya pengguna jalan raya.

MPM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik haiwan ternakan yang berkeliaran. Hal ini untuk menjaga kepentingan dan keselamatan rakyat secara umum. Sehubungan dengan itu, MPM memohon kerjasama semua penternak supaya memastikan haiwan ternakan tidak berkeliaran di kawasan awam.

𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆