𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆
26 APRIL 2024 (JUMAAT) – Lelongan awam melibatkan seekor lembu betina telah diadakan pada hari ini, jam 10.00 pagi di Lobi Bangunan Blok A, Majlis Perbandaran Manjung (MPM).
Lelongan awam ini dilakukan berikutan pelaksanaan Operasi Tangkapan Lembu Merayau. Tindakan ini dilaksanakan selaras dengan Undang-undang Kecil Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau (MPM) 2012. Operasi tangkapan ini telah dilaksanakan di sekitar kawasan Ayer Tawar bagi menyelesaikan aduan yang diterima dan mengelakkan kacau ganggu keselamatan kepada masyarakat khususnya pengguna jalan raya.
MPM bertindak tegas menangani masalah ini dengan membuat tangkapan haiwan ternakan yang berkeliaran dan akan mengadakan operasi ini dari semasa ke semasa bagi memastikan semua penternak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, MPM memohon kerjasama semua penternak supaya memastikan haiwan ternakan tidak berkeliaran di kawasan awam.
𝐉𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 𝐇𝐀𝐈𝐖𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐈𝐀 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐌𝐄𝐍𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐂𝐀𝐔 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐖𝐀𝐌!