𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐑𝐔𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐊𝐎𝐇
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan Program Lawatan Turun Padang di kawasan Kampung Koh pada hari ini, jam 9.00 pagi bagi mengenal pasti isu dan solusi berdasarkan aduan yang diterima dari penduduk setempat.
Lawatan ini disertai oleh Ahli-ahli Majlis, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Pengarah Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial serta barisan pegawai MPM.