𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐀𝐑𝐌𝐀𝐃𝐀 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓
3 Julai 2024 – Lawatan rasmi YBrs. Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua MPM, YB Tuan Azman bin Noh, ADUN Pengkalan Baharu dan YDH ACP Mohamed Nordin bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Manjung ke Pejabat YBhg. Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin bin Haji Ludin, Panglima Armada Barat di Pangkalan TLDM, Lumut telah diadakan pada jam 10.00 pagi ini.
Lawatan ini juga membuka peluang untuk pertukaran idea dan pandangan antara MPM, Pejabat ADUN Pengkalan Baharu, PDRM dan TLDM, yang mana ini dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti dan keselamatan kawasan sekitar.
Kehadiran Tuan Muhammad Faizal Shah di Pangkalan TLDM, Lumut, jelas mencerminkan komitmen dalam memastikan Majlis Perbandaran Manjung sentiasa menjalin hubungan baik dan bersepadu dengan semua agensi yang berkaitan.
Secara keseluruhannya, lawatan rasmi ini telah mencapai matlamatnya untuk memperkukuh jalinan kerjasama serta memupuk semangat muafakat antara Majlis Perbandaran Manjung dan Tentera Laut Diraja Malaysia, yang mana ini diharapkan akan terus berlanjutan dan memberi manfaat berterusan kepada semua pihak terlibat.