
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐍𝐃𝐀𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐋𝐔𝐊 𝐈𝐍𝐓𝐀𝐍
24 JANUARI 2025 (JUMAAT) – Terima kasih Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) atas lawatan ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada jam 8.30 pagi tadi.
Lawatan yang diketuai oleh Puan Noor Hasyimah Idris, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat bersama 8 pegawai MPTI ini bertujuan untuk berkongsi informasi berkaitan pengurusan Lesen Premis Digital myPATIL melibatkan penguatkuasaan:
1. Semakan dan pengeluaran kompaun tempat letak kereta (Pengeluaran kompaun dan notis)
2. Pemantauan dan penguatkuasaan tindakan tunda kenderaan
3. Semakan dan penguatkuasaan pelesenan (Pengeluaran kompaun dan notis pematuhan syarat pelesenan)
4. Tatacara pembayaran secara atas talian
Turut diadakan lawatan ke Pusat Bandar Seri Manjung untuk pegawai-pegawai MPTI melihat sendiri kaedah pelaksanaan myPATIL.

