𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐑𝐓 𝐃𝐈𝐂𝐊𝐒𝐎𝐍
3 Oktober 2024 (Khamis)
9.00 pagi
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) hari ini berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang diketuai oleh Encik Mohd Azizul Hakim Zaini, Setiausaha MPPD bersama delegasi seramai 47 orang.
Semasa lawatan ini, Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua MPM turut menyampaikan ucapan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan kepada rombongan MPPD atas kesudian mereka. Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan sesi perkongsian pengalaman dan pengetahuan khususnya dalam strategi peningkatan hasil, pengenalan sumber hasil baharu, pelaksanaan Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) serta pengurusan dan perkhidmatan aduan yang diamalkan oleh MPM.
MPM berharap agar lawatan ini tidak hanya menjadi satu platform perkongsian ilmu, tetapi juga dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan komuniti. Semoga lawatan ini membawa manfaat yang besar dan membuka jalan kepada lebih banyak inisiatif serta kolaborasi di masa hadapan. Terima kasih diucapkan kepada seluruh delagasi MPPD!