𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐉𝐀𝐍𝐆, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐄𝐇𝐒𝐀𝐍

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐉𝐀𝐍𝐆, 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐄𝐇𝐒𝐀𝐍

20 OGOS 2024 (SELASA) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan sukacitanya mengalu-alukan kedatangan dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) yang tiba pada jam 9.30 pagi tadi.

Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi maklumat, panduan dan pengalaman berkaitan pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang dilaksanakan di pejabat MPM. Melalui sesi ini, kedua-dua pihak berpeluang untuk bertukar-tukar idea dan strategi bagi memantapkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif melalui penyediaan persekitaran budaya kerja mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

Encik Muqni Mubarak Anwar Mubarak, Penyelaras EKSA MPKj telah mengetuai lawatan ini yang turut dihadiri oleh 8 pegawai MPKj yang lain. MPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MPKj atas kesudian mengadakan lawatan ini.