𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐀𝐑, 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐀𝐑, 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒

𝟖 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐉𝐔𝐌𝐀𝐀𝐓) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan sukacitanya menerima lawatan dari Majlis Perbandaran Kangar Perlis (MPKPs) pada jam 9.00 pagi.

Tujuan lawatan ini ialah untuk berkongsi informasi dalam meningkatkan kemahiran pelaksanaan Manual OSC 3.0 Plus dan OSC 3.0 Plus Online, pelaksanaan Easy Checking, permohonan lesen secara dalam talian, proses Pelan Bangunan, permit sementara dan penguatkuasaan bangunan bagi memastikan kerja-kerja pembinaan mematuhi undang-undang dan garis panduan yang diguna pakai oleh MPM.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Azizi Sabu, Pegawai Perancang Bandar dan Desa bersama barisan pegawai dan anggota MPKPs.

Justeru, MPM merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MPKPs atas lawatan ini. Diharapkan agar pertemuan ini akan memberi impak yang positif kepada kedua-dua belah pihak.

#𝐌𝐏𝐌𝐒𝐄𝐍𝐓𝐈𝐀𝐒𝐀𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇𝐃𝐈𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍

#𝐌𝐏𝐌𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐀𝐑, 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐀𝐑, 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐀𝐑, 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒