𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐀𝐍𝐈, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
𝟒 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) di atas lawatan sebentar tadi.
Lawatan yang diadakan pada jam 12.30 tengah hari ini dihadiri seramai 35 peserta yang terdiri daripada MPSPK, PLANMalaysia, Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Daerah dan Tanah serta agensi-agensi kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. YBhg. Dato’ Haji Muhammad Arof Darus, Yang Dipertua telah mengetuai lawatan ini dan diiringi Puan Noorulhuda Mohammed Ali, Setiausaha MPSPK.
Tujuan utama lawatan ini ialah untuk mendapatkan informasi berkaitan pemasangan Lesen Premis Digital myPATIL dan pengurusan lesen perniagaan yang digunakan oleh MPM.
Justeru, MPM amat menghargai pertemuan ini kerana turut memberi peluang untuk berkongsi amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan khususnya dalam aspek pelesenan dan penguatkuasaan. Semoga sesi perkongsian ini memberi manfaat kepada MPSPK bagi memperkasakan lagi sistem penyampaian perkhidmatan dalam aspek tersebut. Semoga kita berjumpa lagi pada masa yang akan datang.