𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐆𝐀𝐌𝐀𝐓
𝟏𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟐 (𝐑𝐀𝐁𝐔) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan berbesar hati menerima lawatan rakan PBT dari selatan tanah air iaitu Majlis Perbandaran Segamat (MPS), Johor pada hari ini, jam 2.30 petang.
Lawatan yang diketuai oleh Cik Amirah Fadhilah Mahdzub, Arkitek MPS ini bertujuan untuk berkongsi idea dan pandangan berkaitan proses pelaksanaan pemutihan pengubahsuaian bangunan dan binaan tambahan bagi unit kediaman di kawasan pentadbiran MPM.
Para peserta juga berkesempatan melawat Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Bangunan, Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial dan Unit Korporat dan Perhubungan Awam untuk melihat dengan lebih jelas proses pelaksanaan kerja di jabatan dan unit tersebut.
MPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MPS atas kunjungan ini. Lawatan yang telah berjalan dengan lancar ini diharapkan dapat mengeratkan ukhwah di antara kedua-dua belah pihak dan semoga kita akan bertemu lagi pada masa akan datang.