𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐋𝐀𝐁𝐈𝐒, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐓𝐀’𝐙𝐈𝐌
19 OGOS 2024 (ISNIN) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan sukacitanya mengalu-alukan lawatan dari Majlis Daerah Labis – Rasmi (MDL) yang tiba pada jam 8.50 pagi tadi.
Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pelaksanaan premis haiwan ternakan serta penguatkuasaan terhadap haiwan merayau yang telah dilaksanakan oleh MPM. Selain itu, delegasi MDL juga berkesempatan melihat secara langsung program lelongan awam yang melibatkan seekor lembu jantan seberat 235kg yang diadakan di Lobi Blok A, MPM pada jam 10.00 pagi. Program ini dapat memberi peluang kepada MDL untuk memahami proses pelaksanaan lelongan awam tersebut.
Setinggi-tinggi kasih kepada MDL atas lawatan ini yang bukan sahaja mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak, tetapi juga membuka ruang untuk perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam pengurusan haiwan ternakan dan penguatkuasaan haiwan merayau. Semoga hubungan kerjasama ini akan terus kukuh dan bermanfaat kepada MPM dan MDL.