𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐎𝐑𝐍𝐀, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
16 JANUARI 2024 (SELASA) – Terima kasih Majlis Daerah Semporna (MDS), Sabah atas kesudian mengadakan lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada jam 9.00 pagi, hari ini.
Semasa lawatan, MPM telah berkongsi ilmu mengenai pelaksanaan Lesen Premis Digitil myPATIL dan penguatkuasaan undang-undang. Diharapkan agar lawatan ini mampu memberi impak positif terhadap kedua-dua pihak dalam usaha menambah baik perkhidmatan kepada rakyat.
Tuan Alexander Liew, Pengerusi MDS telah mengetuai lawatan yang dihadiri seramai 27 orang termasuklah Ahli-ahli Majlis MDS.
Turut diadakan lawatan ke Paya Bakau Bandar Lumut dan di sekitar Bandar Lumut untuk membuat tinjauan langsung penggunaan myPATIL di premis berhampiran.