𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐎𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐌

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐎𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐌

18 DISEMBER 2023 (ISNIN) – Selamat datang Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM). Kami amat mengalu-alukan kedatangan MDTM dan berbesar hati untuk berkongsi maklumat mengenai pelaksanaan Lesen Premis Digital myPATIL dan kawalan permit bangunan berisiko.

Warga MDTM tiba di MPM pada jam 10.00 pagi. Lawatan dimulakan dengan penyerahan pokok Melaka kepada Tuan Mohd Ikram Ahmad, Yang Dipertua MDTM. Sekadar info, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah mewakilkan MPM untuk menyampaikan anak pokok Melaka kepada semua PBT Perak sempena Tahun Melawat Melaka 2024.

Terima kasih MDTM atas lawatan ini. Diharapkan apa yang telah diperoleh semasa sesi perkongsian sebentar tadi dapat memberi manfaat bersama dalam meningkatkan lagi tahap penyampaian perkhidmatan berasaskan teknologi digital di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐎𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐌
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐎𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐌
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐉𝐎𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐌