𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐈𝐒𝐊𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐏𝐔𝐓𝐄𝐑𝐈, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐁𝐀𝐇𝐑𝐔
17 JANUARI 2023 (SELASA) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) atas kunjungan sebentar tadi.
Lawatan yang diadakan pada jam 10.00 pagi ini dihadiri oleh 14 anggota MBIP yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Haffiz Haji Ahmad, Datuk Bandar dan turut disertai oleh Puan Hajah Khasanah Sufa’at @ Supaat, Setiausaha MBIP.
Objektif lawatan ini ialah untuk mendapatkan pendedahan berkaitan pemasangan Lesen Premis Digital myPATIL yang diguna pakai oleh MPM. Semasa lawatan ini, anggota MBIP berkesempatan mengadakan lawatan ke premis-premis perniagaan yang dipasang peranti pintar myPATIL di Pulau Pangkor.
MPM amat menghargai pertemuan ini kerana turut memberi peluang untuk berkongsi amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan khususnya dalam aspek pelesenan dan penguatkuasaan. Diharapkan agar perkongsian maklumat ini dapat memberi manfaat kepada MBIP dan MPM bagi memperkasakan lagi sistem penyampaian perkhidmatan dalam kedua-dua aspek tersebut. Semoga kita berjumpa lagi pada masa yang akan datang.