𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐊𝐓 𝐊𝐏𝐊𝐓 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐑 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐀𝐘𝐄𝐑 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑
14 JUN 2024 (JUMAAT)- Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Dato’ Mohd Fadzli Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan(JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) ke tapak Projek Pasar Awam Ayer Tawar pada hari ini.
Turut hadir ialah Encik Syahrul Nizam Saleh, Pengarah Pembangunan JKT dan Cik Aishatul Izwani Aminorlah Penolong Pengarah Kanan JKT. Ketibaan mereka disambut mesra oleh Encik Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, YB Ahli Parlimen Beruas, Ahli Majlis serta barisan pegawai teknikal MPM.
Kunjungan ini bagi meninjau status semasa pembinaan Pasar Awam Ayer Tawar selaras dengan peruntukan yang diumumkan oleh YB Menteri KPKT pada 3 Jun 2023.
Pembangunan keseluruhan Pasar Ayer Tawar ini dijalankan secara berfasa melibatkan pembinaan fizikal bangunan pasar, menaik taraf infrastruktur, penambahan komponen teknologi hijau termasuklah pengindahan fasad bangunan pasar. Kerja- kerja pembinaan Fasa 1 melibatkan bangunan baru Pasar Ayer Tawar telah disempurnakan pada 30 April lalu.
MPM merakamkan ucapan terima kasih kepada KPKT kerana sentiasa mengambil berat terhadap permasalahan penduduk terutamanya jika melibatkan kemudahan prasarana awam.