𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆

PULAU PINANG, 5 OGOS 2024- Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP pada jam 11.00 pagi tadi. Sebaik tiba, lawatan dimulakan dengan sesi ucapan aluan oleh YBrs. TPr. Mohd Bashir Sulaiman, Pengarah Perancangan Pembangunan mewakili Datuk Bandar MBPP. Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua telah mengetuai delegasi lawatan ini bersama barisan Ahli Majlis MPM.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian ilmu daripada Encik Sheik Osman V.O. Sintha Madar, Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Perjawatan), Jabatan Khidmat Pengurusan MBPP mengenai pengurusan Ahli Majlis. Lawatan diteruskan dengan sesi perkongsian maklumat mengenai penyediaan senarai nilaian baharu yang disampaikan oleh Sr Khairul Anaz Murat, Timbalan Pengarah (Penilaian) Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MBPP. Sebelum berakhirnya lawatan, YBhg. Dato’ Ir. Rajendran P. Anthony, Datuk Bandar MBPP turut berkesempatan bersama MPM dalam sesi bergambar dan makan tengah hari.

Hadir bersama semasa lawatan ini ialah Setiausaha Perbandaran, Pengarah-pengarah Kanan dan Pengarah serta para pegawai MPM. MPM ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Bandar dan barisan pegawai kanan MBPP atas kesudian menerima lawatan MPM ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang.