𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈-𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒, 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐍𝐆
7 DISEMBER 2023 (KHAMIS) – Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menyambut mesra lawatan dari barisan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang (MPS) pada jam 2.30 petang di Pejabat Pengurusan Pulau Bebas Cukai, MPM.
Seramai 33 orang turut serta semasa lawatan ini yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd Hamid Hussain serta Tuan Muhamad Shah Osmin, Timbalan Yang Dipertua MPS.
Lawatan ini memberi fokus terhadap perkongsian informasi berkaitan aspek pengurusan tandas dibawah penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan. MPS menjadikan MPM sebagai penanda aras rentetan daripada pengiktirafan Tandas Awam Esplanade Lumut yang memperoleh The 2nd ASEAN Public Toilet Award 2023-2024 di Asean Tourism Forum 2023.
Sebelum berakhirnya lawatan, warga MPS telah berkesempatan mengadakan kunjungan ke tandas awam tersebut.
Taklimat pengurusan tandas ini disampaikan oleh Encik Mohamad Syafiq Syafiei, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar manakala taklimat pengurusan pantai pelancongan di Pangkor Pulau Bebas Cukai disampaikan oleh Puan Nadiah Mohd Saruan, Pengarah Unit Pengurusan Pulau Bebas Cukai, MPM.