𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐏𝐌 𝐊𝐄 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐊𝐓

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐏𝐌 𝐊𝐄 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐊𝐓

24 OKTOBER 2023 (SELASA) – Ahli-ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Malaysia dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula semalam.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran bersama 27 peserta termasuk barisan Ahli Majlis, Pengarah Kanan dan pegawai MPM.

Semasa lawatan ke KPKT, YBhg. Dato’ Mohd Fadzli Mohd Kenali, Ketua Pengarah, Jabatan Kerajaan Tempatan telah menyambut baik kunjungan MPM.

Tujuan lawatan ini ialah untuk mendapatkan pendedahan mengenai peranan dan tanggungjawab antara Pihak Berkuasa Tempatan dan KPKT terutamanya usaha menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Semoga perkongsian dan informasi yang diperolehi melalui lawatan ini mendapat manfaat dan diimplementasikan.

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐏𝐌 𝐊𝐄 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐊𝐓
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐏𝐌 𝐊𝐄 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐊𝐓
𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐏𝐌 𝐊𝐄 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐏𝐊𝐓