𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐉𝐀𝐘𝐀
9 SEPTEMBER 2024 (ISNIN) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menerima lawatan kerja dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya – Rasmi (MPAJ) pada jam 9.00 pagi.
Lawatan ini bertujuan untuk perkongsian idea mengenai pelaksanaan serta penguatkuasaan secara digital yang diguna pakai oleh MPM dalam kutipan hasil cukai dan bukan cukai. Delegasi MPAJ diketuai oleh Puan Marlina Mohamad, Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan bersama 37 orang pegawai dan penguat kuasa MPAJ. Mereka turut dibawa melawat ke beberapa lokasi yang telah dipasang peranti myPATIL bagi melihat aplikasi teknologi tersebut dengan lebih dekat.
MPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MPAJ atas lawatan ini. Diharapkan lawatan sebegini akan terus mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua belah pihak serta menyumbang menyumbang kepada peningkatan mutu perkhidmatan PBT secara berterusan.