𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒, 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐑𝐈𝐊𝐄𝐈, 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒, 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐑𝐈𝐊𝐄𝐈, 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊

24 APRIL 2024 (RABU) – Hari ini, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menerima lawatan daripada barisan Ahli Majlis, Majlis Daerah Sarikei (MDS) pada jam 2.30 petang.

Lawatan diketuai oleh Clr. Wong Zee Yang, Pengerusi Majlis bersama 14 Ahli Majlis dan turut diiringi Encik Sait Enggang, Setiausaha serta 6 warga kerja MDS.

Lawatan sebentar tadi bertujuan untuk mendapatkan perkongsian daripada MPM berkaitan penggunaan Lesen Premis Digital myPATIL, penguatkuasaan berkaitan pelesenan dan best practices yang dilaksanakan oleh MPM.

Oleh yang demikian, MPM amat berbesar hati menerima kunjungan Ahli Majlis MDS pada petang tadi. Setinggi-tinggi terima kasih kerana sudi memilih MPM sebagai lokasi lawatan kerja Ahli-ahli Majlis MDS. Semoga ada rezeki kita berjumpa pada masa hadapan.