𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒

26 OKTOBER 2024 (SABTU) – Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2024 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah berlangsung di Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Konvensyen ini menghimpunkan sebanyak 140 PBT dengan kehadiran 1,115 orang peserta yang terdiri daripada Datuk Bandar, Yang Dipertua, Ahli Majlis dan Pengurusan Tertinggi setiap PBT.

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) turut menyertai konvensyen ini yang diketuai oleh Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua bersama Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran; Ahli Majlis; Pengarah Kanan dan Pengarah MPM.

Konvensyen dua hari bertemakan “Sinergi MADANI, Perkukuh PBT” ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri. Semasa perasmian konvensyen turut diadakan pelancaran Inisiatif Pendigitalan KPKT oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Turut hadir YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak.

Konvensyen ini menjadi platform untuk berkongsi pengalaman serta membincangkan penyelesaian inovatif dan kreatif secara holistik dalam menangani isu pengurusan dan tanggungjawab PBT.

MPM turut menyertai Sesi Town Hall yang dikelolakan bersama YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan diiringi YBhg. Datuk Wira M Noor Azman Taib, Ketua Setiausaha KPKT serta YBhg. Dato’ Mohd Fadli Mohd Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memberi komitmen penuh dalam menjayakan konvensyen kali ini.

𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒