𝐊𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐒𝐘𝐄𝐍 𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐋𝐎𝐑 𝐒𝐄𝐓𝐀𝐑
4 MAC 2024(ISNIN) – Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan dari Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah membuat Pembentangan Amalan Terbaik Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan dengan projek myPATIL pada 4 Mac 2023 bertempat di Dewan Besar As-Sakinah Tingkat 7 Menara MBAS, Alor Setar.
Pembentangan ini telah di sampaikan oleh Pengarah Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan (JPP) iaitu Encik Mohamad Sharil Salihan, inisiatif amalan terbaik ini merupakan salah satu inovasi yang dilaksanakan bagi memudahkan urusan pembaharuan lesen dan lain-lain urusan perniagaan menjadi lebih mudah, cepat dan selamat apabila pemilik lesen perniagaan hanya perlu melaksanakan urusan-urusan tersebut melalui telefon bimbit atau komputer sahaja tanpa perlu hadir ke Kaunter Majlis Perbandaran Manjung.
Program ini dirasmikan oleh Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah merangkap Presiden Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia.
MPM juga telah mengadakan pameran bagi usaha untuk berkongsi pandangan dan memberi pendedahan berkaitan berkenaan Lesen Premis Digital myPATIL yang diguna pakai oleh MPM
sumber gambar : Majlis Bandaraya Alor Setar – MBAS