𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐎𝐊𝐔

𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐎𝐊𝐔

𝟓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟑 (𝐒𝐄𝐋𝐀𝐒𝐀) – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mengambil inisiatif menyediakan kerusi mesra Orang Kurang Upaya (OKU) di Marina Wing dan Jeti Lumut. Penghasilan kerusi ini telah mengikut contoh sedia ada yang memenuhi reka bentuk berkonsepkan universal (sejagat). Konsep kerusi ini memfokuskan kepada pendekatan inklusif ke arah produk yang boleh digunakan oleh orang ramai tanpa mengira umur, jantina dan keupayaan fizikal.

Penyediaan kerusi ini selari dengan hasrat MPM dalam menjadikan Lumut sebagai bandar mesra OKU. Bermula dengan inisiatif ini, kemudahan-kemudahan lain turut disediakan secara berperingkat bagi kemudahan semua orang terutamanya golongan OKU. Usaha ini memberi kemudahan pengguna OKU untuk sentiasa bersama keluarga dan secara tidak langsung memperkasakan Lumut lagi sebagai bandar mesra OKU.

Pada kesempatan ini, MPM juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Puan Asfuriyah Amsuri dan Encik Ahmad Mahadi Mohd Yunus serta adik Muhammad Asfa Bazli atas kesudian membantu MPM dalam memberi pendapat dan pandangan ke atas usaha ini.

𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐎𝐊𝐔
𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐎𝐊𝐔
𝐈𝐍𝐎𝐕𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐔𝐒𝐈 𝐌𝐄𝐒𝐑𝐀 𝐎𝐊𝐔