𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐎𝐊𝐔 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐈𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐈𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐒𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆𝐈 𝐌𝐏𝐌
23 JANUARI 2024 (SELASA) – Sebentar tadi, telah berlangsung Majlis Perasmian Alat Permainan Mesra Kanak-kanak Istimewa di Taman Awam Marina Wing, Lumut yang dirasmikan oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Manjung (MPM).
MPM akan terus komited mewujudkan pelbagai kemudahan mesra OKU di daerah Manjung agar golongan ini tidak merasa tersisih dan dapat merasai kemudahan rekreasi yang disediakan di perkarangan Jeti Lumut, Esplanade Wing dan Marina Wing.
Buktinya, MPM telah membina Palang Anti Motosikal Mesra OKU di Taman Awam Esplanade Wing dan Marina Wing serta pemasangan kerusi mesra OKU juga dilaksanakan di beberapa lokasi taman awam. Dan untuk tahun ini, MPM berazam untuk memperbanyakkan lagi kemudahan mesra OKU di pelbagai lokasi dalam daerah Manjung termasuk di kawasan-kawasan pelancongan.
Turut hadir semasa majlis ini ialah Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Clr. Tuan Haji Abdul Razak Nazri, Ahli Majlis MPM Kawasan Zon 4, barisan Pengarah Kanan dan Pengarah MPM, anak-anak istimewa dari Persatuan Kebajikan Orang Cacat Manjung (PKOC) dan wakil Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK).