𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟑 : 𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍𝐒𝐓 𝐂𝐎𝐑𝐑𝐔𝐏𝐓𝐈𝐎𝐍

𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟑 : 𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍𝐒𝐓 𝐂𝐎𝐑𝐑𝐔𝐏𝐓𝐈𝐎𝐍

Majlis Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2023 bakal disambut pada 9 Disember ini. Justeru, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menyambut baik sambutan HARA dengan menganjurkan forum di Dewan Anjung Perdana pada hari ini, jam 8.30 pagi.

Forum disampaikan oleh panel Encik Mohd Firdaus Ramlan bersama moderator Encik Ismail Ibrahim. Beberapa kesan dan hukuman jika terlibat dengan rasuah serta pengalaman berkaitan dengan rasuah disampaikan agar ianya terus meresap ke dalam naluri warga kerja MPM.

“Mencegah rasuah itu adalah usaha akhir ibarat kita mencuci air kotor di muara sungai, tetapi pembudayaan integriti adalah penjagaan dari hulu sungai supaya air dari hulu itu bersih maka kita tidak lagi mencuci air kotor di muara”. Itulah pesanan ringkas beliau untuk kita semua.

MPM berharap forum ini dapat memberi panduan kepada seluruh warga kerja MPM dan pihak berkepentingan dalam usaha memantapkan kredibiliti dan integriti agar setiap aktiviti dan program yang dilaksanakan sentiasa bebas daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan seiring dengan tema HARA 2023 tahun ini iaitu Menyatukan Dunia Melawan Rasuah.

𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟑 : 𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍𝐒𝐓 𝐂𝐎𝐑𝐑𝐔𝐏𝐓𝐈𝐎𝐍
𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟑 : 𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍𝐒𝐓 𝐂𝐎𝐑𝐑𝐔𝐏𝐓𝐈𝐎𝐍
𝐅𝐎𝐑𝐔𝐌 𝐇𝐀𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟑 : 𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐓𝐇𝐄 𝐖𝐎𝐑𝐋𝐃 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍𝐒𝐓 𝐂𝐎𝐑𝐑𝐔𝐏𝐓𝐈𝐎𝐍