𝐁𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐄𝐤𝐨-𝐂𝐞𝐭𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤, 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠

𝐁𝐚𝐭𝐢𝐤 𝐄𝐤𝐨-𝐂𝐞𝐭𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐃𝐢 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐤, 𝐏𝐫𝐨𝐝𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠

𝑈𝑛𝑖𝑘 𝑑𝑎𝑛 𝐸𝑘𝑠𝑘𝑙𝑢𝑠𝑖𝑓. Inilah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan tentang produk ini. Dengan hanya menggunakan tumbuhan yang mudah didapati di sekitar Manjung, ia mampu mencipta baju tshirt, tote bag, kusyen, hiasan pejabat dan lain-lain.

Puan Elizawati Elias, Pengasas Ghomah Batik Manjung telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Laman Karya Lumut (LAKAR) dan United Nation Development Program (UNDP) dalam menghasilkan produk mesra alam yang berkualiti dan sifar bahan kimia. Batik eko-cetak ini adalah produk pelancongan lestari daerah Manjung yang diperkenalkan sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Hasil daun-daun yang digunakan untuk mencipta produk tersebut, MPM manfaatkan dengan memproses penghasilan baja kompos dan airnya pula MPM guna untuk menyiram pokok-pokok landskap di sekitar daerah Manjung.

Demonstrasi penghasilan batik eco-cetak ini dihadiri oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, barisan Pengarah Kanan dan Pengarah serta warga kerja MPM bersama rakan-rakan media. Terima kasih kepada semua pihak yang hadir menjayakan program pada hari ini.