𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐀𝐇𝐋𝐈-𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 – 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐀𝐇𝐋𝐈-𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 – 𝟐𝟎𝟐𝟔

18 MAC 2024 (ISNIN) – Seramai 21 Ahli Majlis telah mengangkat sumpah sebagai jawatan Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang berlangsung pada jam 8.30 pagi di Dewan Kaunselor, MPM.

Upacara mengangkat sumpah ini disaksikan oleh YB Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Hadir bersama ialah YDH Toh Sri Bijaya Lt. Kol Dato’ Shaharudin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung, YB Puan Wong May Ing, ADUN Pantai Remis, YB Encik Azman Noh, ADUN Pengkalan Baharu, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Encik Muhammad Faiz Kaliman, Penolong Pegawai Daerah Manjung, barisan Pengarah Kanan dan Pengarah MPM serta rakan-rakan media.

Ahli Majlis berperanan sebagai instrumen yang sangat penting dalam hierarki Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan penglibatan Ahli Majlis ini adalah untuk mewakili kepentingan orang ramai dan masyarakat setempat. Mereka perlu memainkan peranan bagi menerangkan dasar dan tindakan PBT serta bersama masyarakat setempat untuk menemukan penyelesaian bagi isu-isu yang timbul dan bekerjasama untuk merancang pembangunan demi kesejahteraan penduduk di kawasan berkenaan.

Tempoh pelantikan ini adalah selama 2 tahun bermula 16 Mac 2024 hingga 15 Mac 2026. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua! Selamat Menjalan Tugas! Kepada yang telah tamat perkhidmatan, MPM ucapkan Selamat Maju Jaya! Sesungguhnya segala jasa baik serta khidmat bakti yang telah dicurahkan amat-amat kami hargai. Terima kasih.

𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐀𝐇𝐋𝐈-𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 – 𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐀𝐇𝐋𝐈-𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 – 𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐌𝐏𝐀𝐇 𝐀𝐇𝐋𝐈-𝐀𝐇𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒 – 𝟐𝟎𝟐𝟔