Program & Aktiviti
Program Pembasmian Kemiskinan Bandar
1. Latar Belakang
MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
Matlamat
a. Menyediakan persekitaran hidup yang sejahtera, sihat dan selamat kepada kumpulan menerusi penyediaan peluang-peluang meningkatkan pendapatan dan pekerjaan serta peningkatan aksesibiliti kepada pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas dan awam
b. Memupuk semangat berdikari dan daya tahan kumpulan sasar melalui program pembinaan dan bina upaya.
Objektif
a. Menghapuskan golongan kemiskinan tegar menjelang tahun 2009 tanpa mengira kumpulan etnik.
b. Meningkatk n kualiti hidup kumpulan Sasar ke paras yang selaras dengan Indkes Kualiti Hidup Malaysia @ Malaysia Quality of Life (MQLI) yang mencakupi bidang-bidang pendidikan, kesihatan, perumahan yang mampu dimiliki dan rekreasi supaya mereka tidak tersisih dari arus pembangunan bandar; dan
c. Membawa perubahan minda dan menanam sikap positif di kalangan kumpulan sasar
STRATEGI PELAKSANAAN
1. PENUBUHAN SEKTERIAT PPKB Majlis Perbandaran Manjung
A. LATAR BELAKANG
– Sekteriat ini diwujudkan berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung yang telah bersidang 3 April 2006.
– Sehubungan itu, pihak Urusetia di Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial, Majlis Perbandaran Manjung telah bertindak mewujudkan Sekteriat ini dengan keanggotaan utama melibatkan semua anggota di Jabatan ini.
B. TUJUAN PENUBUHAN SEKTERIAT PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR
– Sebagai sekteriat pelaksana dalam pelbagai program dan aktiviti ke arah mengatasi masalah kemiskinan bandar di Daerah manjung.
Diantara Skop Kerja Awal Sekteriat ini adalah:-
RISALAH PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN BANDAR (PPKB) MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG – KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
1. Pihak Majlis telah dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti dan mendekati golongan sasaran khususnya penduduk-penduduk di kawasan perbandaran di Daerah Manjung ini dikalangan mereka yang diistilahkan sebagai golongan miskin bandar. Ini selaras dengan arahan Kerajaan Persekutuan melalui kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang mahukan setiap Pihak Berkuasa Tempatan turut sama bertanggungjawab dan memastikan Kemiskinan Bandar dapat di atasi di kawasan masing-masing.
2. Bantuan dan sokongan pengenalpastian golongan miskin bandar / miskin tegar bandar menekankan agar semua pihak memastikan bahawa tiada lagi pihak yang dikategorikan sebagai miskin bandar dan miskin tegar bandar di perbandaran manjung ini.
3. Penduduk miskin bandar di perbandaran manjung ini adalah merujuk kepada penduduk miskin yang berada dalam kawasan operasi Majlis khususnya di kawasan yang dikenakan cukai taksiran[cukai pintu].
4. Pengenalpastian penduduk miskin bandar berdasarkan panduan Purata Garis Kemiskinan (PGK) bagi Semenanjung Malaysia iaitu mereka yang layak disalurkan bantuan sekurang-kurangnya berpendapatan isirumah RM660.00 ke bawah atau pendapatan per kapita RM160.00[pendapatan isirumah dibahagi dengan jumlah tanggungan/anak.
5. Bentuk-bentuk bantuan PPKB yang boleh disalurkan kepada mereka yang dikenalpasti melibatkan bentuk bantuan: –
- Bantuan Sewa Rumah– [bantuan bulanan RM124 sebulan];
- Bantuan Kemasukan Ke Sekolah/Institusi Pengajian Tinggi (IPT)– [ bayaran sekaligus/tahunan]
- Bantuan Kos Pengangkutan Ke Sekolah- [ Bayaran bulanan RM 30 setiap pelajar miskin]
- Bantuan Kos Jagaan Kanak-Kanak Ke TASKA/TADIKA/Jiran/Individu- [ bayaran bulanan RM200 atau kadar sebenar yang terendah]
- Bantuan Kos Pengangkutan Ke Tempat Kerja- [ Bayaran bulanan RM50 kepada ibu yang bekerja miskin bandar sahaja ]
- Bantuan Kos Rawatan Dialisis Buah Pinggang– [Bantuan kos rawatan yang dikenakan tahun semasa termasuk kos pengangkutan]
- Bantuan Latihan dan Kemahiran[termasuk Motivasi]– [ Bantuan Kos sebenar yang ditetapkan institusi / penganjur –bertaraf sijil sahaja-termasuk elaun bulanan sara hidup RM150 sebulan
- Bantuan Ihsan Keluarga Miskin/Miskin Tegar Bandar :
– Pemberian one off maksimum sebanyak RM 3,000 untuk keluarga miskin tegar.
– Pemberian one off maksimum sebanyak RM 2,000 untuk keluarga miskin.
PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN (PGK) BANDAR MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG, PERAK
ISI RUMAH DAN PER KAPITA MISKIN DAN MISKIN TEGAR
Kawasan | Miskin | Miskin Tegar | ||
Isi Rumah | Per kapita | Isi Rumah | Per kapita | |
Semenanjung Malaysia | 660 | 160 | 390 | 90 |
Sabah | 880 | 170 | 490 | 100 |
Sarawak | 780 | 170 | 480 | 110 |
SUMBER : EPU 2007
Sebarang pertanyaan, pengambilan/penyerahan borang dan keterangan lanjut bolehlah hadir ke Pejabat Majlis Perbandaran Manjung @ menghubungi :-
Pusat Sejahtera,
Program Pembasmian Kemiskinan Bandar,
Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial.
Majlis Perbandaran Manjung,
Jalan Pinang Raja,
32040 Seri Manjung,
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel: 056898961 Faks : 056882102
Email : komunitisosial@mpm.gov.my
Web : www.mpm.gov.my