Carian Rasmi / Pengesahan Premis
Jabatan Penilaian MPM bertanggungjawab dalam semua urusan pencukaian harta di dalam kawasan pentadbirannya. Carian Rasmi boleh dilakukan oleh pemilik harta, pemaju, pemohon lesen perniagaan, pihak syarikat dan peguam.
Perkara yang perlu disediakan semasa membuat Carian Rasmi ialah:
- Borang pemohonan/maklumat pegangan/Harta
- No Lot/ No PT
- Mukim
- Alamat Harta
- No Hakmilik
- Bayaran RM 30.00 dikenakan bagi setiap unit pegangan
Sekiranya pemohon pemohon mempunyai surat perjanjian atau hak milik, sertakan
bersama-sama surat permohonan untuk memudahkan proses carian.
Urusan Carian rasmi ini disempurnakan dikaunter semakan Jabatan Penilaian, Tingkat 1, Majlis Perbandaran Manjung.
Jawapan permohonan carian rasmi/pengesahan premis tersebut akan diberikan dalam tempoh 7 hari bekerja melalui surat jawapan.