MENU
 
>

2. Proses pembelian Dokumen Tender adalah seperti berikut :

Langkah 1 : Sila hadir taklimat mengikut masa dan pautan seperti di dalam jadual di atas . Pautan pendaftaran kehadiran akan diberikan semasa taklimat . Dokumen Tender hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor (penama di dalam Sijil KKM dan SSM / Borang D) yang HADIR PADA SESI TAKLIMAT TERSEBUT SAHAJA .(*Nota : Penama hendaklah orang yang sama di dalam Sijil KKM dan SSM / Borang D sahaja).

Langkah 2 : Membuat temujanji di pautan https://janjitemu.mpm.gov.my . Kontraktor yang mempunyai temujanji sahaja DIBENARKAN untuk urusan pembelian Dokumen Tender . Slot temujanji adalah terhad setiap hari .

Langkah 3 : Kontraktor yang belum mendaftar sebagai pembekal dengan Majlis Perbandaran Manjung dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pembelian  dokumen. Pendaftaran boleh dibuat melalui link https://forms.gle/AwykNmZppvnCgPxq6 atau dengan mengimbas QR code di bawah. Kontraktor yang tidak  mendaftar sebagai pembekal dengan Majlis Perbandaran Manjung, TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai perolehan Majlis Perbandaran Manjung.  Kontraktor dinasihatkan untuk membuat pendaftaran lebih awal iaitu sebelum Tarikh Mula Penjualan Dokumen Tender.

1

Langkah 4 : Semasa pembelian Dokumen Tender, kontraktor hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT sebanyak satu (1) salinan (tidak dikembalikan): (*Nota : Pembeli hendaklah orang yang sama di dalam Sijil KKM dan SSM / Borang D sahaja. WAKIL TIDAK DIBENARKAN).

a.Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan yang lengkap menyatakan Kod Bidang berkaitan serta masih berkuatkuasa;

b.Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera dari Kementerian Kewangan yang masih berkuatkuasa; dan

c.Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau Borang E (Perakuan PembaharuanPendaftaran), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Syarikat Enterprise; lengkap bersama senarai nama pemilik.

3.Dokumen Meja Tender boleh disemak di Ruang Legar, Kaunter Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung mulai 22 November 2021 hingga 10 Disember 2021.

4.Bayaran dokumen adalah secara TUNAI SAHAJA dan tidak akan dikembalikan.

5.Kontraktor dinasihatkan membuat lawatan tapak terlebih dahulu bagi memastikan nilai harga yang ditawarkan bersesuaian dan kompetetif. Harga tawaran adalah muktamad.

6.Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta ditulis nombor rujukan tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender yang disediakan di Pejabat Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak pada atau sebelum jam 12.00 tengahari pada 10 Disember 2021 (Jumaat)tawaran yang diterima selepas masa yang ditetapkan atau yang tidak lengkap akan ditolak.

7.Majlis Perbandaran Manjung tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran tender.

8.Sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan, sila hubungi talian 05 - 688 1202 .

 

Yang Dipertua,

Majlis Perbandaran Manjung,

Jalan Pinang Raja,

32040 Seri Manjung,

PERAK DARUL RIDZUAN.

 

Attachments: 
Tender Ref: 
MPM JKPPB T NO. 1/2021
Tender Closing Date: 
Jumaat, 10 Disember 2021
Kemaskini Terakhir: Rabu, 18 Mei 2022 - 9:16am