MENU
 
>

Yang Dipertua

Majlis Perbandaran Manjung

Lampiran 1

 

SYARAT DAN PERATURAN SEBUT HARGA

 

 

1.         Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.

2.         Penyebut harga diwajibkan untuk mengemukakan dokumen sokongan berikut

  • :-Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) mengikut kod bidang yang berkaitan (jika ada) untuk syarikat serta permit (untuk barang lusuh); ATAU
  • Salinan Kad Pengenalan individu / perseorangan sebelum membeli borang sebut harga.

3.         Penyebut harga adalah dikehendaki menyertakan deposit sebut harga sebanyak 5% daripada harga  tawaran bagi setiap  aset atau RM 5,000.00  mengikut   mana  yang terendah. Deposit  sebut  harga hendaklah  dalam bentuk kiriman wang / wang pos / draf   bank   atau   Cashier’s   Order  sahaja   atas  nama  MAJLIS  PERBANDARAN MANJUNG.

 

4.Tawaran tanpa / kurang deposit sebut harga tidak akan dipertimbangkan.

5. Semua   aset    adalah   dijual   sebagaimana   keadaannya   semasa   dilihat   (as-is-where-is basis).

6.Jabatan ini tidak bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.

7.Semua perbelanjaan berkaitan pembelian aset seperti kos menanggal (dismantle), mengangkut dan sebagainya hendaklah ditanggung oleh pembeli sendiri.

8.Pembeli  yang  berjaya  hendaklah  membuat  bayaran penuh dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh pemberitahu keputusan. Jika bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh tersebut, deposit sebut harga tidak akan dikembalikan.

9.Pembeli yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh tujuh (7) hari        selepas bayaran penuh dijelaskan. Jika gagal, bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan Jabatan berhak melupuskan aset tersebut.

10. Dipelawa kepada syarikat / perseorangan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan /  Setempat dalam bidang Membeli Barang Lusuh (perlu Permit).

11. Pembeli hendaklah mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika hadir membeli borang dan lawatan fizikal ke atas aset.

 

 

 

 

Attachments: 
Tender Ref: 
BIL (1/2022) MPM (JPR) 400-10/2/19 jld.2
Tender Closing Date: 
Jumaat, 20 Mei 2022