MAJLIS PERBANDARAN
MANJUNG
KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
- Sebut harga adalah dipelawa kepada kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang yang masih sah dan dibenarkan membuat tawaran buat masa ini, mempunyai pengalaman, kewangan yang kukuh dan stabil serta peralatan dan kenderaan yang mencukupi bagi melaksanakan kerja-kerja berikut:-
BIL |
BUTIR – BUTIR TAWARAN
|
KOD BIDANG |
TEMPAT, TARIKH DAN WAKTU DOKUMEN DIJUAL |
HARGA DOKUMEN SENASKAH (RM) |
TEMPAT, TARIKH DAN WAKTU TENDER DITUTUP |
1. |
NO. SEBUT HARGA : MPM (UUUI) 600-1 / 2 / 2 SEBUT HARGA MENDAPATKAN KHIDMAT PERUNDING BAGI PELAKSANAAN DAN PENSIJILAN MS ISO 37001 : 2016 ANTI BRIBERY MANAGEMENT SYSTEM (ABMS) DI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG |
221110
Atau
222704
|
TEMPAT: Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan
TARIKH: 09 Mei 2022 (Isnin) Hingga 16 Mei 2022 (Isnin)
WAKTU OPERASI KAUNTER:
Isnin – Khamis (8.15 pagi – 4.15 petang) Jumaat (8.15 pagi – 12.15 tengah hari) (2.15 petang – 4.15 petang) |
30.00 |
TEMPAT : Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan
TARIKH : 16 Mei 2022 (Isnin)
WAKTU : 12.00 tengah hari |
2. Proses pembelian Dokumen Sebut harga adalah seperti berikut :
Langkah 1: Kontraktor yang belum mendaftar sebagai pembekal dengan Majlis Perbandaran Manjung dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pembelian dokumen. Pendaftaran boleh dibuat melalui link https://forms.gle/AwykNmZppvnCgPxq6 atau dengan mengimbas QR code di bawah. Kontraktor yang tidak mendaftar sebagai pembekal dengan Majlis Perbandaran Manjung, TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai perolehan Majlis Perbandaran Manjung. Kontraktor dinasihatkan untuk membuat pendaftaran lebih awal iaitu sebelum Tarikh Mula Penjualan Dokumen Sebut harga.