MENU
 
>

2. Proses pembelian Dokumen Sebut harga adalah seperti berikut :

Langkah 1 : Kontraktor yang belum mendaftar sebagai pembekal dengan Majlis Perbandaran Manjung dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pembelian dokumen. Pendaftaran boleh dibuat melalui link https://forms.gle/AwykNmZppvnCgPxq6 atau dengan mengimbas QR code di bawah. Kontraktor yang tidak mendaftar sebagai pembekal dengan Majlis Perbandaran Manjung, TIDAK DIBENARKAN untuk menyertai perolehan Majlis Perbandaran Manjung. Kontraktor dinasihatkan untuk membuat pendaftaran lebih awal iaitu sebelum Tarikh Mula Penjualan Dokumen Sebut harga.

                                                                    1

Langkah 3 : Semasa pembelian Dokumen Sebut harga, kontraktor hendaklah mengemukakan SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT sebanyak            satu (1) salinan (tidak dikembalikan): (*Nota : Pembeli hendaklah orang yang sama di dalam Sijil KKM dan SSM / Borang D sahaja. WAKIL TIDAK                       DIBENARKAN).

  • Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dari Kementerian Kewangan yang lengkap menyatakan Kod Bidang berkaitan serta masih berkuatkuasa;dan
  • Salinan Perakuan Pendaftaran Borang D (Perakuan Pendaftaran) atau Borang E (Perakuan Pembaharuan Pendaftaran), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi Syarikat Enterprise; lengkap bersama senarai nama pemilik.

3. Dokumen Meja Sebut harga boleh disemak di Ruang Legar, Kaunter Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Manjung mulai   9 Mei 2022 hingga 17 Mei 2022.

4. Bayaran dokumen adalah secara TUNAI SAHAJA dan tidak akan dikembalikan.

5.  Kontraktor dinasihatkan membuat lawatan tapak terlebih dahulu bagi memastikan nilai harga yang ditawarkan bersesuaian dan kompetetif. Harga tawaran adalah    muktamad.

6.Dokumen Sebut harga yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri serta ditulis nombor rujukan Sebut harga dan dimasukkan ke             dalam Peti Sebut harga yang disediakan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung, Perak pada atau sebelum jam 12.00 tengahari pada 16 Mei 2022 (Isnin). Dokumen tawaran yang diterima selepas masa yang ditetapkan atau yang tidak lengkap akan ditolak.

7.Majlis Perbandaran Manjung tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.

8.         Sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan, sila hubungi talian 05 - 688 1202 .

 

Yang Dipertua,

Majlis Perbandaran Manjung,

Jalan Pinang Raja,

32040 Seri Manjung,

PERAK DARUL RIDZUAN.

 

 

 

Tender Ref: 
MPM JKPPB SH NO. 25/2022
Tender Closing Date: 
Selasa, 17 Mei 2022