Definisi iklan sementara – Semua bentuk paparan/visual bagi tujuan penyebaran maklumat aktiviti samada bagi tujuan komersil atau makluman yang dipasang untuk tempoh tertentu.

Jenis-jenis iklan sementara :-

  1. Kain rentang
  2. Banting
  3. Belon udara

Semua iklan sementara perlu mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Manjung samada :-

  1. Komersil – melibatkan aktiviti perniagaan atau unsur-unsur keuntungan seperti kutipan tiket masuk/pendaftaran sama ada permohonan daripada peniaga, agensi swasta, kerajaan, NGO,parti politik dan lain-lain.
  2. Bukan komersil – Perasmian Program, Pembukaan Syarikat ,Ucapan Sempena Musim Perayaan seperti Tahun baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, Deepavali, Krismas dan sebagainya daripada peniaga dan agensi swasta dikenakan bayaran seperti yang ditetapkan manakala permohonan yang seumpamanya daripada agensi kerajaan, NGO dan parti politik bayaran dikecualikan tetapi masih perlu kelulusan Majlis dan mesti dipasang di tempat yang dibenarkan.

Syarat-syarat pertimbangan dan kelulusan bagi lesen iklan sementara :-

Setiap permohonan kain rentang / banting mesti mematuhi syarat-syarat berikut:-

  1. Borang hendaklah diisi dengan lengkap dalam 2 salinan. Kain rentang/banting tidak perlu di bawa semasa membuat permohonan. Hanya bawa salinan contoh iklan / visual iklan yang akan dipasang.
  2. Disertakan pelan kasar yang menunjukkan tapak kain rentang akan di pasang (tidak perlu jika permohonan kain rentang di struktur besi MPM)
  3. Hanya saiz kain rentang 4’x20′ kaki sahaja yang dibenarkan di struktur besi MPM seperti berikut:
Bil.LokasiUnit
3.1 Tepi Pejabat Hutan Pekan Beruas – Beruas1
3.2 Simpang Pantai Remis Tepi Klinik – Ayer Tawar1
3.3 Depan Pejabat Cawangan Sitiawan – Sitiawan2
3.4 Tepi Kawasan Lapang / Tokong Hindu – Taman Sitiawan Maju1
3.5 Hadapan Kawasan Pasar Tani – Seri Manjung1
3.6 Hadapan Pejabat MPM – Seri Manjung *1
3.7 Simpang Batu 1 / Bukit Maju – Lumut1
3.8 Berhampiran Lampu Isyarat Teluk Muruh2
3.9 Tepi Pejabat Kastam Pangkor – Pulau Pangkor1
Hanya untuk program anjuran Jabatan Kerajaan sahaja.
  1. Pemasangan kain rentang hanya dibenarkan di struktur besi MPM, premis perniagaan yang berlesen dan pagar / bangunan di mana aktiviti dijalankan.
  2. Permohonan pemasangan banting hanya dipertimbangkan untuk dipasang di jalan-jalan berikut:
    a) Jalan susur dan jalan dalam kawasan perniagaan.
    b) Jalan masuk dan jalan dalam kawasan perumahan.
    c) Jalan-jalan selenggaraan Majlis Perbandaran Manjung kecuali Jalan Pinang Raja.
    d) Bukan jalan-jalan selenggaraan/rizab Jabatan Kerja Raya (JKR).
  3. Penggunaan Bahasa Malaysia hendaklah diberi keutamaan untuk semua iklan samada dengan sendirinya atau bersama-sama dengan bahasa-bahasa lain. Perkataan Bahasa Malaysia hendaklah lebih besar dari bahasa-bahasa lain.
  4. Kelulusan hanya diberi untuk tempoh 1 bulan untuk kain rentang dan 1 bulan untuk banting. Pembaharuan tempoh perlu dipohon jika pemohon ingin melanjutkan tempoh pemasangan.
  5. Semua kain rentang / banting mestilah diturunkan oleh pemohon selepas tempoh kelulusan tamat, jika tidak tindakan undang-undang akan diambil terhadap pemohon.
  6. Majlis tidak akan bertanggungjawab atas pemasangan atau kehilangan kain rentang / banting yang dipasang tidak mengikut syarat serta lokasi yang telah ditetapkan.
  7. Sebarang risiko kecederaan atau sebagainya semasa pemasangan / penurunan kain rentang / banting akan ditanggung oleh pemohon sendiri.
  8. Kadar bayaran:-

Kain rentang = RM 20.00 setiap unit untuk tempoh 1 bulan.
Banting = RM 15.00 setiap unit untuk tempoh 1 bulan.
Belon udara = RM30.00 bagi luas permukaan belon 10 mp pertama dan RM3.00 bagi 1mp seterusnya untuk tempoh sebulan.

Berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009