MENU
 
>

PEJABAT PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG DITUTUP DARIPADA 8 HINGGA 11 OGOS 2013

Pejabat pentadbiran Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di Jalan Pinang Raja, Seri Manjung akan ditutup selama 4 hari iaitu daripada 8 hingga 11 Ogos 2013 (Khamis hingga Ahad) kerana cuti umum sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin berurusan di pejabat MPM termasuk berkaitan penggunaan Dewan Merdeka, Mini Kompleks Sukan, Stadium Astaka dan kemudahan-kemudahan awam yang lain perlu melakukannya pada 12 Ogos 2013 (Isnin).

Manakala bagi orang ramai yang ingin membuat pembayaran kompaun tempat letak kereta sepanjang tempoh tersebut, urusan berkenaan boleh dilakukan di Tempat Letak Kereta Bertingkat, bandar Lumut pada bila-bila masa.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 7 Disember 2021 - 5:00pm