MENU
 
>

Pendaftaran syarikat ini seterusnya melayakkan syarikat tuan/puan berurusan dan berkomunikasi secara atas talian berhubung Perolehan MPM. Syarikat yang tidak berdaftar melalui Sistem ini adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai mana-mana tawaran perolehan oleh MPM akan datang.

Bagi tujuan pendaftaran, dan dalam melicinkan segala pengurusan penyertaan tawaran perolehan MPM, syarikat adalah dikehendaki mengenalpasti individu yang bertanggungjawab bagi pihak syarikat sebagai pengguna berdaftar dalam mengendalikan urusan perolehan MPM.

Maklumat syarikat kebanyakannya akan ditadbir urus secara sistematik dan automatik melalui Sistem kami. Justeru, anda adalah dinasihatkan untuk sentiasa mengemaskini maklumat syarikat anda sendiri bagi mengelakkan kegagalan dalam menyertai sebarang tawaran perolehan MPM di masa akan datang.

Anda adalah sentiasa diingatkan untuk memastikan maklumat yang terkini dikemaskini di dalam Sistem ini, di antaranya :

 

  • Maklumat Perhubungan Syarikat / Cawangan Syarikat.
  • Maklumat Perbankan Syarikat / Cawangan bagi tujuan penerimaan bayaran.
  • Bidang MOF / PKK / CIDB.
  • Tarikh Tamat Sijil-Sijil Berkaitan dengan Kelayakan Penyertaan Tawaran.
  • Pemilikan Syarikat.
  • Penyata Bank.
  • Maklumat Pengguna / Pihak Syarikat.
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 15 Oktober 2021 - 4:47pm