MENU
 
>

PEMAKLUMAN OPERASI KAUNTER PERKHIDMATAN PELANGGAN (KAUNTER UTAMA) MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG SEPANJANG PKP MULAI 22 JANUARI HINGGA 4 FEBRUARI 2021

Dimaklumkan bahawa Kaunter Perkhidmatan Pelanggan (kaunter utama) Majlis Perbandaran Manjung akan beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 22 Januari hingga 4 Februari 2021 iaitu mulai jam 8.15 pagi hingga 4.15 petang.

Walau bagaimanapun, para pelanggan digalakkan untuk melaksanakan urusan secara atas talian bagi mengelakkan kesesakan selaras dengan langkah keselamatan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Pembayaran atas talian boleh dilakukan menerusi Sistem E-Bayaran di Portal Majlis Perbandaran Manjung di www.mpm.gov.my, perbankan internet dan Portal E-PBT online di https://pbtpay.kpkt.gov.my.

Manakala pelanggan yang berurusan di kaunter diwajibkan mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu memakai pelitup muka, mengimbas suhu badan, mengimbas Kod QR MySejahtera dan memastikan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter.

Kerjasama para pelanggan dalam perkara ini amat dihargai.

#perangicovid-19

#kitajagakita

#kitamestimenang

UNIT KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM,

MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG.

Kemaskini Terakhir: Khamis, 25 November 2021 - 12:02pm