MENU
 
>
PEMAKLUMAN BERKAITAN KOD ETIKA PAKAIAN SERAGAM PENGUAT KUASA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG SEMASA BERTUGAS
Dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) telah menetapkan kod etika pemakaian bagi pakaian seragam penguat kuasa semasa menjalankan tugas iaitu bush jacket/general duty/operasi. Kod etika ini adalah berdasarkan Kaedah 10 (1) Kaedah-kaedah Pegawai Majlis Perbandaran Manjung (Kelakuan dan Tatatertib 2013).
Sehubungan dengan itu, orang ramai dimohon untuk mengambil maklum berkaitan perkara ini dan boleh meminta penguat kuasa menunjukkan kad kuasa jika terdapat kemusykilan.
Sekiranya terdapat mana-mana individu yang mengakui sebagai penguat kuasa MPM tetapi tidak mengikut kod etika pakaian tersebut dan gagal menunjukkan kad kuasa apabila diminta, orang ramai boleh melaporkannya kepada Seksyen Pengurusan Aduan, Unit Korporat dan Perhubungan Awam MPM menerusi talian Hotline 05-6898833 atau Whats App Online 019-3035800.
 
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 15 Oktober 2021 - 4:47pm