PROGRAM KEMPEN KESEDARAN PENANAMAN POKOK BAKAU DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

PROGRAM KEMPEN KESEDARAN PENANAMAN POKOK BAKAU DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

17 September 2022 (Sabtu), bertempat di Kampung Parit Haji Dollah, Sungai Tiram, Lekir, Sitiawan telah diadakan Program Kempen Penanaman Pokok Bakau bagi pemuliharaan kelestarian pesisiran pantai.

Program anjuran Pertubuhan Sahabat Hutan Bakau Lekir (PSHBL) dibawah pimpinan Encik A.Hadi Kamil Ismail telah di sertai oleh 85 orang sukarelawan daripada Persatuan Sahabat Alam (KUASA), pelajar tahun 4,5 dan 6 Sekolah Rendah Agama Hidayah, penduduk Kampung Sungai Tiram, dan staf Unit Landskap, Majlis Perbandaran Manjung telah mengambil bahagian dalam kempen kesedaran tersebut.

Objektif program bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan kelestarian alam sekitar dalam kalangan masyarakat, sejajar dengan hasrat kerajaan dalam Kempen Penanaman 100 Juta Pokok (2021-2025) dan penanaman pokok bakau tidak terkecuali.

Hutan paya bakau dikenal pasti sebagai tanaman terbaik yang dapat melindungi bumi daripada ancaman perubahan iklim dan pemanasan global dengan penyerapan karbon atmosfera lebih 5 kali ganda per hektar berbanding hutan hujan tropika.

Bak kata pepatah, “..berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu..”