Pemasangan peranti pintar Lesen Premis Digital myPATIL sedang dilaksanakan di kawasan Pusat Perniagaan Manjung Point Seksyen 3, Seri Manjung.

Pemasangan ini akan dilaksanakan di semua premis berlesen di kawasan perbandaran Manjung sehingga 20 Disember 2021.

Penggunaan Lesen Premis Digital myPATIL memberi manfaat kepada peniaga seperti memudahkan urusan pembaharuan lesen perniagaan, pembayaran kompaun dan cukai taksiran. Peniaga juga boleh menerima pembayaran tanpa tunai seperti FPX, kad kredit dan debit serta e-Wallet. Peniaga juga berpeluang untuk mengiklankan jenis-jenis perniagaan mereka.

PEMASANGAN PERANTI PINTAR LESEN PREMIS DIGITAL MYPATIL DI KAWASAN PERBANDARAN MANJUNG
PEMASANGAN PERANTI PINTAR LESEN PREMIS DIGITAL MYPATIL DI KAWASAN PERBANDARAN MANJUNG