MENU
 
>
 
18 MAC 2022 - Lelongan awam melibatkan seekor lembu betina telah diadakan pada hari ini, jam 3.00 petang di Lobi Bangunan Blok A, Majlis Perbandaran Manjung (MPM).
 
Lelongan awam ini dilakukan berikutan pelaksanaan Operasi Tangkapan Lembu Merayau. Tindakan ini dilaksanakan selaras dengan Undang-undang Kecil Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau (MPM) 2012 bagi menyelesaikan aduan yang diterima dan mengelakkan kacau ganggu keselamatan kepada masyarakat khususnya pengguna jalan raya. MPM akan mengadakan operasi ini dari semasa ke semasa.
 
Sehubungan dengan itu, MPM memohon kerjasama semua penternak supaya memastikan haiwan ternakan tidak berkeliaran di kawasan awam.