MENU
 
>
LAWATAN PERKONGSIAN PENGETAHUAN BERKAITAN PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN PERMIT PEMBINAAN EKSPRES E10
12 SEPTEMBER 2022 - Kunjungan delegasi Majlis Perbandaran Manjung (MPM) ke Majlis Perbandaran Kulim, Kedah (MPKK) telah disambut dengan mesra oleh YBrs. Dr. Nadzman Mustaffa, Yang Dipertua dan Ketua-ketua Jabatan MPKK.
Lawatan ini disertai oleh Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua, Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran, Ahli-ahli Majlis, barisan Pengarah, Ketua Jabatan dan pegawai MPM.
Tujuan lawatan ini ialah untuk berkongsi maklumat berkaitan pembangunan dan pelaksanaan Permit Pembinaan Ekspres E10 yang digunakan oleh MPKK sehingga berjaya melonjakkan produktiviti PBT tersebut dalam aspek kutipan hasil serta pelaburan asing dan domestik yang turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Kedah. Semasa kunjungan ini, MPM juga berkesempatan melawat kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech.
MPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian MPKK menerima kunjungan ini. Semoga perkongsian idea ini akan memberi impak yang positif terhadap kedua-dua belah pihak.