MENU
 
>
LAWATAN KERJA MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM KE MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
3 MAC 2022 - Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM) pada jam 10.00 pagi.
Lawatan ini disertai oleh Encik Mohd Ashrafie Mohd Zainuri, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Persekitaran, Puan Noraini Ahmad, Ketua Unit Korporat dan barisan pegawai dan anggota MDSB.
Semasa lawatan ini, MPM telah memberi penerangan berkaitan garis panduan kaedah pengurusan tandas awam khususnya dalam Penarafan Bintang Tandas Awam milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Selain itu, para peserta turut mengadakan lawatan ke Tandas Awam Stesen Bas Seri Manjung yang telah memperoleh tempat ketiga dalam Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Terbersih Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Hari Tandas Sedunia Tahun 2020 (Kategori Hentian Awam).
Seterusnya lawatan turut diadakan ke Tandas Awam Esplanade, Lumut yang telah memenangi tempat pertama serta mencapai Penarafan 5 Bintang dalam Kempen Kesihatan Persekitaran anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Program Tandas Awam Bersih) Tahun 2021.
Lawatan ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara kedua-dua belah pihak.