MENU
 
>
BAZAR RAMADHAN TAHUN 2021M / 1442H DI DALAM KAWASAN PENTADBIRAN MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG
Bazar Ramadhan Perbandaran Manjung M/1442 H dibuka untuk ruang perniagaan yang akan diuruskan oleh pihak PENGURUSAN BAZAR yang dilantik. Pengurusan Bazar yang terlibat adalah terdiri daripada Persatuan Penjaja, Jawatankuasa Pentadbiran Masjid / Surau, Koperasi Peniaga dan juga Jawatankuasa Kampung/Rukun Tetangga yang telah diberi taklimat dan sesi penerangan SOP pelaksanaan Bazar Ramadan 1422H bagai kawasan Majlis Perbandaran Manjung.
Senarai pengurusan Bazar Ramadhan bagi tahun 2021M/1442H adalah seperti di lampiran. Kadar permit perniagaan bazar Ramadhan yang ditetapkan adalah sebanyak RM30/peniaga. Pihak Pengurusan Bazar di benarkan mengenakan kadar caj maksimum tidak melebihi RM300.00 kepada setiap penjaja merangkumi bayaran pengurusan tapak, bayaran lesen serta semua perkara berkaitan termasuk pematuhan SOP.
Kepada yang berminat, sila hubungi no yang tertera.
Jabatan Pelesenan & Penguatkuasaan
Majlis Perbandaran Manjung
Kemaskini Terakhir: Jumaat, 15 Oktober 2021 - 4:47pm