MENU
 
>
AUDIT TEKNIKAL PERTANDINGAN TANDAS AWAM BERSIH
9 JUN 2022 (KHAMIS) - Audit Teknikal Pertandingan Tandas Awam Bersih telah diadakan di 5 lokasi tandas awam terpilih iaitu Shell Beruas, Masjid al-Bard Seribu Selawat, Tandas Esplanade Lumut, Balai Bomba Seri Manjung dan Stesen Bas Seri Manjung.
Tujuan audit ini dijalankan ialah untuk memilih tandas awam terbaik di seluruh Malaysia mengikut kategori premis iaitu stesen minyak, tempat ibadat, tempat pelancongan, premis kerajaan dan milik Pihak Berkuasa Tempatan.
Audit ini telah diketuai Encik Abu Hassan Alias dan Tuan Nahar Ku Hussain, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Encik Hassan Hamzah, Presiden Quality Restroom Association Malaysia (QRAM).