MENU
 
>

Permohonan Program Baik Pulih Rumah Di Bandar Tahun 2022

Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menawarkan Bantuan Baik Pulih Rumah Di Bandar bagi golongan B40.Tuan/Puan yang berminat untuk memohon sila muat turun borang permohonan dan mengembalikan semula borang serta dokumen yang lengkap ke Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial Majlis Perbandaran Manjung.

Permohonan akan dipertimbangkan bagi mereka yang layak sahaja tertakluk kepada syarat-syarat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan pihak urus setia akan membuat siasatan pemeriksaan di rumah pemohon.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila berhubung dengan Puan Intan Najihah binti Sekri di talian 05-6898961.

Sila layari pautan di bawah untuk syarat-syarat permohonan :-

Kemaskini Terakhir: Rabu, 18 Mei 2022 - 9:16am