FUNGSI UNIT UNDANG-UNDANG & INTEGRITI (UUI)
- Menyelaras dan mengemaskini perjalanan urusan Majlis Perbandaran Manjung menurut Undang-Undang, peraturan-peraturan dan garis panduan yang diterimapakai dan terkini.
- Menjalankan pendakwaan bagi pihak Majlis di Mahkamah bagi kesalahan di bawah Undang-Undang yang berkaitan.
- Membuat penderafan dan semakan dokumen-dokumen perjanjian yang berkaitan dengan Majlis Perbandaran Manjung.
- Memberi nasihat perundangan kepada jabatan-jabatan lain di Majlis Perbandaran Manjung agar segala tindakan yang diambil tidak bercanggah dengan perundangan yang dikuatkuasakan.
- Menguruskan penggubalan, penyemakan dan pewartaan Undang-Undang kecil, perintah, pekeliling dan kaedah-kaedah Majlis Perbandaran Manjung.
- Menyediakan dan menyemak notis perundangan.
- Menyediakan dan membantu pegawai penyiasat dalam menyediakan kertas siasatan bagi kes-kes yang diperlukan untuk pendakwaan.
- Menguruskan hal tuntutan, pembelaan, tindakan-tindakan sivil bersama peguam panel Majlis.
- Memberi kesedaran kepada orang ramai supaya menghargai undang-undang dan peraturan yang digunapakai oleh Majlis melalui khidmat nasihat yang diberikan.
HUBUNGI KAMI
Tel umum: 05-6898831
Fax umum: 056882102
Alamat : Unit Undang- undang, Majlis Perbandaran Manjung, Jalan Pinang Raja, 32040 Seri Manjung
Emel umum: uuui@mpm.gov.my
Pegawai : Hasnizam Dakir