MENU
 
>
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG TAHUN 2022
13 MEI 2022 (JUMAAT) - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Tahun 2022 telah berlangsung pada jam 9.00 pagi di Dewan Merdeka, MPM.
Majlis ini dihadiri oleh YB Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Daerah Manjung, Yang Dipertua Pihak-pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak, Ketua-ketua Jabatan Negeri Perak dan Daerah Manjung, Ahli-ahli Majlis MPM, pemimpin-pemimpin komuniti daerah Manjung, agensi-agensi swasta, rakan-rakan media dan warga kerja MPM.
Selain meraikan Hari Raya Aidilfitri yang mulia dalam suasana muhibah, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara MPM dengan pihak-pihak berkepentingan.
Terdapat pelbagai juadah menarik yang disediakan oleh setiap jabatan dan unit MPM. Selain itu, Tuan Syamsul Hazeman Md Salleh, Yang Dipertua dan Encik Mohd Helmi Arifin, Setiausaha Perbandaran MPM turut menyampaikan Anugerah Video Kreatif Hari Raya Aidilfitri Terbaik Jabatan/Unit dan Anugerah Pakaian Terbaik bagi Kategori Lelaki dan Wanita.