MENU
 
>
LAPORKAN SALAH LAKU PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Anda melihat berlaku pembuangan sampah haram? Anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan walaupun sakit mata dan sakit hati?
Jadi laporkan salah laku pembuangan sampah haram kepada Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menerusi talian whatsapp 019-3035800. Sertakan maklumat tarikh dan waktu kejadian, lokasi (alamat), gambar pelaku membuang sampah dan no. plat kenderaan. Jangan risau kerana maklumat pengadu akan dirahsiakan.
MPM tawarkan ganjaran RM150 kepada individu yang melaporkan kegiatan pembuangan sampah haram.
Jom berganding bahu bersama-sama MPM untuk banteras sampah haram di daerah Manjung. Barulah dinamakan masyarakat prihatin.
 
sampah