IKLAN SEWAAN
1. PELAWAAN PENYEWAAN MEJA PASAR / GERAI MILIK MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG Adalah dimaklumkan Majlis Perbandaran Manjung mempunyai Meja Pasar Awam dan Gerai kosong untuk disewakan. Kepada tuan/puan yang berminat adalah dipelawa untuk hadir ke Pejabat Majlis Perbandaran Manjung pada waktu pejabat. Borang permohonan boleh didapati di Kaunter Jabatan Penilaian & Pengurusan Harta, MPM. Tarikh buka pengambilan borang - 5.5.2022 Tarikh tutup penyerahan borang - 13.5.2022 (sebelum 4.15 petang )
Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, salinan sijil pendaftaran perniagaan (jika ada) beserta bayaran seperti berikut bagi setiap permohonan:- 1.2 Bayaran proses sebanyak RM5.00 Pihak Majlis berhak menolak permohonan yang tidak lengkap atau tidak mematuhi syarat-syarat pengiklanan. Pemohon adalah dinasihatkan supaya memohon meja pasar / gerai yang tercatit di dalam iklan sahaja. Sila muat turun maklumat berkaitan penyewaan DI SINI. Muat Turun Borang Permohonan Sewa (Gerai & Meja Pasar Majlis) Jadual Tarikh Pengiklanan Kekosongan Premis Sewaan Majlis Perbandaran Manjung |
Nota :
Semua kandungan di atas adalah dalam fail "Portable Document Format" (PDF). Untuk membaca dokumen-dokumen tersebut, anda memerlukan perisian Acrobat Reader, yang boleh didapati secara percuma dengan klik di sini :